Beraya Dengan Songket RM30,000?

KUALA LUMPUR – Jika golongan wanita sanggup berhabis wang untuk koleksi tudung eksklusif berharga sehingga RM21,600 sehelai, kaum lelaki juga tidak ketinggalan dalam berbelanja untuk aksesori pakaian terutamanya pada musim perayaan.

Tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati samping yang berharga ribuan ringgit tidak kurang mendapat sambutan daripada pembeli, lapor Kosmo.

Sementara itu, menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada dua ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

“Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu ini terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

“Tahun ini samping paling mahal yang telah dijual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang individu dari Brunei.

“Songket yang mahal biasanya dibuat atas tempahan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.