Ketepi Perbalahan, Hormati Bulan Ramadan – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam supaya mengetepikan sebarang perbalahan dan permusuhan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Perdana Menteri, dalam catatan terbaru di blog beliau www.najibrazak.com hari ini, berkata sebarang perbalahan yang berlaku itu tidak  mendatangkan keuntungan bahkan merugikan masa dan tenaga.

 

“Pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi diri kita dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT,” kata Najib.

 

Beliau berkata puasa adalah pendidik untuk umat Islam menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadan berlangsung.

 

“Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, di bulan Ramadan, semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda dan Allah SWT berfirman (maksudnya):

 

“Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”.

 

“Semoga ibadat dan amalan kita diterima Allah SWT,” kata Najib. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.