Keluarga Banduan Terharu Pengampunan Sultan Perak

TAPAH – Susulan pembebasan 11 banduan  atas perkenan pengampunan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, keluarga 11 banduan melahirkan rasa terharu dan gembira dengan pembebasan itu.

 

Kesemua 11 banduan terbabit dibebaskan dan bebas dari penjara Tapah, sekitar 10 malam tadi.

 

Pembebasan disifatkan hadiah paling istimewa di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

 

Sultan Nazrin  memberi pengampunan kepada 11 banduan terbabit yang  menjalani hukuman di penjara Tapah kerana terlibat dalam perhimpunan haram di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada 2009. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.