Dua Penjenayah Warga Asing Ditembak Mati

IPOH – Polis menembak mati dua penjenayah dipercayai warga asing yang terbabit dalam kejadian samun dan pecah rumah berhampiran Kampung Tekah di sini awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu kedua-dua penjenayah terbabit dipercayai melepaskan tembakan ke arah polis terlebih dahulu.

 

Turut ditemui di lokasi sepucuk pistol semi automatik dipercayai milik penjenayah terbabit.

 

Ketika ini polis sedang menjalankan gerakan memburu seorang lagi penjenayah yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar kawasan belukar berhampiran.

 

Operasi menjejaki penjenayah turut disertai anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9). – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.