Anak Syarikat FedEx Corp Raih Anugerah Syarikat Pengangkut Kargo Udara Terbaik

KUALA LUMPUR: FedEx Express (FedEx), anak syarikat FedEx Corp, meraih anugerah Syarikat Pengangkut Kargo Udara Terbaik – Amerika Utara di majlis Anugerah Rantaian Fret dan Bekalan Asia (AFSCA) ke-28 di Shanghai, China.

Ini merupakan kali ketujuh FedEx, pengangkut ekspres terbesar dunia itu memenangi anugerah ini sejak 2002, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

“Pengiktirafan yang konsisten ini merupakan pengesahan kepada perkhidmatan kami yang terbaik dalam kelasnya,” kata Presiden FedEx Express Asia Pasifik, David L. Cunningham Jr.

AFSCA tahunan itu yang dianjurkan oleh penerbitan perdagangan serantau Cargonews Asia, merupakan satu daripada anugerah paling berprestij bagi industri pengangkutan dan rantaian bekalan di Asia.

Anugerah itu menghargai kepimpinan serta kualiti perkhidmatan, inovasi, pengurusan perhubungan pelanggan dan kebolehpercayaan yang konsisten. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.