Akan ada Menteri Ekonomi lain bakal gantikan saya – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan kesediaan berundur dari Kabinet dengan menyatakan perkhidmatannya sebagai Menteri Ekonomi mungkin tidak lama.

Menteri Ekonomi itu menyatakan perkara demikian ketika menekankan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.

“Kehadiran saya di sini bersifat sementara, dan akhirnya akan ada menteri ekonomi lain yang menggantikan saya.

“Namun apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,” katanya ketika berucap pada Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada Isnin.

Dua minggu lalu, media melaporkan Rafizi meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April.

Akhbar tempatan Cina melaporkan, Rafizi meluahkan hasrat meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat