Malaysia Beri Amaran Kepada EU

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada mana-mana negara khususnya negara Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit.

Beliau berkata, ia mungkin berdepan tindak balas dari Malaysia dan Indonesia.

Menurutnya lagi, beliau telahpun berbincang dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini supaya Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit ke negara EU bagi meyakinkan mereka bahawa dakwaan negatif terhadap minyak sawit adalah tidak berasas.

“Kita juga mesti beritahu pada mereka Malaysia dan Indonesia bukan negara yang tiada kemampuan.

“Kita juga beli banyak produk dari negara mereka dan sesiapa yang memboikot minyak sawit mungkin berdepan dengan tindak balas dari Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Negara di Ladang Tennamaram di sini semalam, lapor Kosmo.

Dalam pada itu, Najib turut menggariskan lima anjakan transformasi dalam memastikan masa depan industri sawit menjadi lebih cemerlang untuk tempoh 100 tahun akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.