Lelaki Tidak Waras Ugut Mahu Bunuh Anak Schumacher

MAHKAMAH Jerman mengarahkan seorang lelaki yang mengugut mahu membunuh anak legenda Formula One Michael Schumacher menjalani rawatan psikiatrik.

Selain itu, hukuman penjara yang ditangguhkan dan denda 4,500 euro beserta 50 jam kerja kemasyarakatan.

Lelaki berusia 25 tahun itu menghantar emel kepada isteri Schumacher: “Jika wang 900,000 euro (RM4.4 juta) tidak sampai kepada kami pada 31 Mac 2016, anak-anak kamu akan dibunuh.

“Dalam Formula Four, banyak kemalangan boleh berlaku,”lapor Metro.

Anak lelaki Schumacher, Mick, yang kini 18 tahun, bertanding dalam Formula Three namun tahun lalu, dia dalam Formula Four. Anak perempuannya, Gina-Maria, 20, juga pemandu perlumbaan yang berjaya.

Polis dengan mudah mengesan lelaki itu yang menyertakan akaun peribadinya dalam emel berkenaan.

Hakim Eberhard Hausch di bandar Reutlingen, berkata: “Tidak munasabah seseorang yang siuman akan menyertakan nombor akaun sendiri.”

Schumacher, 48, yang memenangi tujuh kejohanan dunia, sedang pulih di rumahnya di Switzerland daripada kecederaan kepala ketika meluncur salji pada Disember 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.