Wakil Rakyat Kurang Bekerja, Agensi Kerajaan Banyak Lepas Tangan

Setiap kali Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum, perkara pertama yang akan menjadi tumpuan ialah culaan, kajiselidik, mahupun berkempen dari rumah ke rumah. Sekaligus menyebabkan pelbagai nanah, kohong dan tokak yang tersembunyi selama ini, terdedah dengan seluas-luasnya.

Bagi pihak yang sedang menyandang gelaran wakil rakyat, pendedahan sebegitu akan menyebabkan mereka berasa diaibkan. Manakala parti yang menguasai kerusi baik Kerusi DUN mahupun Parlimen berasakan, ia adalah satu penganiayaan kepada parti berkenaan.pdm1

Namun sebenarnya, pendedahan-pendedahan yang dikatakan mengaibkan, memalukan dan cubaan menikam belakang, sebenarnya sangat baik kepada masyarakat mahupun kepada KPI agensi-agensi terbabit.

Pengabaian dan sikap acuh tak acuh ketika menjalankan amanah yang diberikan, sudah terlalu sinonim dan mudah ditemui bersama-sama bukti.

Sepatutnya peluang serta maklumat yang dikeluarkan sepanjang tempoh berkempen ini digunakan untuk memperbaiki KPI masing-masing, bukannya dianggap sebagai satu penghinaan kepada mereka. Malah sepatutnya segala maklumat tersebut diproses bagi menambahbaikkan mutu perkhidmatan, bukannya terus memberikan alasan demi alasan.

Inilah yang berlaku di PRK Teluk Intan. Ianya bukan satu fitnah bahawa terdapat banyak kes yang perlu dibantu, tetapi diabaikan. Bukan juga kes terpencil apabila individu berkenaan mendedahkan bagaimana permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan ditolak dengan pelbagai alasan, termasuklah kerenah politik. Anehnya pihak berkenaan bagaikan sudah mempunyai jawapan standard iaitu individu berkenaan tidak pernah membuat sebarang permohonan bantuan walhal perkara sebenar adalah sebaliknya.

Matlamat kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar, seringkali terbantut dengan pengkhianatan seperti ini. Walaupun kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk bantuan kepada individu-individu miskin, namun ada pihak tertentu dari agensi-agensi terbabit tidak menyalurkan bantuan berkenaan kepada yang berhak. Bantuan yang seharusnya diberikan secara berterusan, sekadar diberikan untuk memenuhi KPI kononnya, segala bantuan telah diberikan, taraf hidup si miskin sudah berubah dan agensi telah menjalankan tugas mereka, sekaligus mengubah status dan data kemiskinan di daerah terbabit. Padahal, ianya tidak berubah bahkan membuatkan rakyat miskin berasakan mereka sudah ditipu oleh kerajaan.

 

Tinjauan yang dibuat sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil turut mendedahkan tentang sikap sesetengah wakil rakyat terutama sekali ADUN yang mungkin terlepas pandang kerana kurang maklumat atau kerana ADUN itu sendiri jarang melawat kawasan bagi meningkatkan sokongan kepada diri mahupun parti yang diwakilinya.

Itu yang boleh diperhatikan di Teluk Intan. Walaupun secara dasarnya tidak ada mana-mana wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang bekerja untuk rakyat, sebaliknya sekadar menumpang kemarahan rakyat kepada kerajaan, namun wakil rakyat dari parti kerajaan juga melakukan kesilapan yang turut memalukan apabila sepanjang tempoh selepas PRU-13, masih ada kawasan yang tidak pernah dijejaki atau dilawatinya.

Menjaga rakyat sepatutnya dikongsi antara wakil rakyat dengan agensi termasuklah Pejabat Daerah. Namun pelbagai aduan yang diterima daripada golongan marhein sehinggakan ada yang mengadu permohonan bantuan untuk rumah telah dibuat dari tahun 2008 lagi, tetapi sehingga sekarang keputusannya masih belum diketahui, amat menyedihkan.pdm3

Kempen mendapatkan undi memanglah sesuatu yang wajib. Namun kewajipan dan publisiti sebenar adalah daripada hasil kerja wakil-wakil rakyat, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan mahupun Ahli Jawatankuasa yang menentukan sama ada calon dari parti mereka mendapat sokongan atau sebaliknya.

Jangan salahkan rakyat apabila rakyat menolak calon-calon dari kerajaan yang memerintah, tetapi salahkan diri sendiri yang menyombong, sukar dihubungi dan sukar dilihat berterimakasih kepada PDM yang memenangkannya. Rakyat sekarang sudah semakin cerdik dan pilihan untuk mereka memilih wakil juga semakin besar tanpa perlu berkempen secara retorik. Walaupun mungkin Pakatan Rakyat sekarang ini sedang menunggang keuntungan daripada hasil retorik, namun lama-kelamaan penyokong mereka sendiri akan sedar bahawa retorik tidak akan membangunkan rumah, tidak akan menyediakan peluang pekerjaan dan tidak akan menyelesaikan pelbagai masalah

One thought on “Wakil Rakyat Kurang Bekerja, Agensi Kerajaan Banyak Lepas Tangan

  • May 20, 2014 at 2:29 am
    Permalink

    sekarang penjawat awam rasa diri mereka hebat dan berkuasa…bila rakyat berurusan dengan mereka kena jaga perasaan mereka bukan penjawatawam yang kena jaga perasaan rakyat…kadang-kadang bila ke pejabat hendak berurusan tergendala pegawai keluar makan @ pegawai tiada esok kena datang semula…kalau kita marah takut pegawai buat perangai kerja jadi susah dan lambat…ya tidak ya sekadar kata terima kasih enche…baik enche sedangkan hati merasa hampa…namun dalam pada itu ada juga penjawat awam yang baik ikhlas jujur dan amanah bertugas…pada mereka yang ‘tidak berminat untuk bekerja’ di nasihatkan berhenti sebab banyak lagi yang masih mencari kerja di JPA dan JPN.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.