Pelajar Poly-Tech Mara, Rakan Maut Dalam Nahas Di Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu dan rakannya terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di KM20, Jalan Gua Musang–Kuala Lipis di sini pagi tadi.

Kejadian 3.50 pagi itu mengorbankan Hasnanie Hassan, 20, dari Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh dan Muhammad Aizuddin Mohd Noor, 20, dari Kampung Kubang Badak, Pasir Mas yang memandu kereta itu.

Pemandu lori tersebut, Wan Alias Wan Mamat, 44, dari Kampung Lundang, Kota Bharu dan rakannya, Mohammad Yusoff, 55, dari Kampung Pantai Kundur, Kota Bharu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritenden Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Gua Musang manakala lori itu datang dari arah bertentangan.

“Kereta dipandu Muhammad Aizuddin, seorang peniaga dipercayai cuba memotong kenderaan lain tetapi tidak sempat lalu bertembung dengan lori itu,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.