Hudud: Karpal Tolak Sebab Bukan Islam, Dyana Tolak Sebab…?

SELAMA hari ini bukan main lagi PAS pertahan DAP menolak perlaksanaan hudud sebab katanya pemimpin DAP ini bukan Islam, mereka tidak faham Islam dan dengan itu tak mengapalah mereka tolak hudud.  UMNO pulak kafir tolak hudud sebab ramai pemimpin UMNO beragama Islam, itu ini dan sebagainya..malas nak ulang, semua orang tau.

Tapi hari ini, DAP calon Dyana Sofea untuk jadi ahli Parlimen di Teluk Intan dan budak Dyana ini (beragama Islam), awal-awal sudah jelaskan kalau ada pengundian hudud di Parlimen, dia akan tolak mentah-mentah sebab pada dia hudud ini bukan persoalan agama, tapi pendirian parti!!

Menyebut tentang itu, (tolak hudud sebab pendirian parti) penulis dah jelaskan dalam artikel pertama, penulis tidak mahu membosankan sesiapa dengan mengulangi benda sama dalam artikel kedua, yang penulis nak ‘tinggi terangkan’ (highlight) hari ini ialah apa pandangan PAS akan penolakan Dyana terhadap hudud?

Apa yang penulis tak tahu hari ini dari PAS ialah, kalau dulu Karpal tolak hudud, PAS rela sebab katanya dia bukan beragama Islam, oklah, sekarang yang Dyana ni macam mana pulak?  Bukan Islam jugak ke?

Boleh ke agaknya PAS jawab soalan mudah ini.  Penulis tak rasa penulis seorang saja nak tahu, ramai lagi yang diluar ini nak tahu juga apa pendirian PAS akan penolakan Dyana terhadap hudud – belum pun dia menang dan jadi ahli Parlimen.

Atau mungkin PAS ada 2 set jawapan untuk jenis Islam tapi sokong DAP macam Dyana.  Penulis katakan begitu sebab berdasarkan pengalaman, penulis tahu PAS sentiasa ada nas dan dalil (kadang-kadang yang dibuat sendiri) untuk menjustifikasi keadaan mengikut keperluan parti tersebut.

Yang PAS tak tahu, ahlinya bukan macam cina, letak batang pisang jadi calon DAP pun mereka akan sokong.  Ahli dan penyokong PAS sedikit sebanyak masih ada akal untuk menilai apa salah dan apa betul, sebab itu BN boleh rampas semula Kedah hanya setelah sepenggal PAS memerintah.

Maka itu persoalan itu nanti, pasti menuntut jawapan, dan penulis sendiri kalau berada di tempat kepimpinan PAS hari ini, tak tahu macam mana nak jawab tu, melainkan pusing sana dan pusing sini sajalah (spin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.