DAP Pedaya Pengundi Melayu – Tun M

MELAKA: Tindakan DAP meletakkan wanita muda berbangsa Melayu sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah sebagai langkah mengalih pandangan pengundi Melayu terhadap parti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak terkejut jika pengundi Melayu di kawasan berkenaan akan memberi undi kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu akan mudah terpedaya dengan taktik seumpama itu.

“Ini hanyalah gimik, jika DAP muncul sebagai pemenang…biarkanlah,” katanya selepas menghadiri program ‘Bicara Canselor’ di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Isnin.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dyana Sofya menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.

Selain itu Mahathir turut melahirkan kekecewaannya kerana Dyana Sofya lahir daripada keluarga penyokong Umno.

“Jika beliau datang daripada keluarga penyokong pembangkang tidak mengapa, tapi malangnya beliau tidak disemai mengenai perjuangan Umno sejak kecil,” katanya.

One thought on “DAP Pedaya Pengundi Melayu – Tun M

  • May 20, 2014 at 1:30 am
    Permalink

    Dr.M tidak perlu bimbang…yang penting BN/UMNO kena tunjuk keikhlasan dan kejujurannya dalam perjuangan membina bangsa agama dan negara…memastikan pemimpin BN/UMNO menjalankan amanah dengan baik dan bersih dari amalan yang tidak sihat dalam mentadbir negara…jika ‘perangai dan sikap’ BN/UMNO masih tidak menyakinkan hati rakyat sudah tentu sokongan pada BN/UMNO akan semakin terjejas…tidak dinafikan sejak merdeka sudah 56 tahun bermula dari pemerintahan kerajaan Perikatan hingga kini kerajaan Barisan Nasional banyak pembangunan telah dibuat…namun kemajuan yang kita capai di hari ini menimbulkan krisis kewangan di kalangan golongan rakyat bawahan yang menanggung bebanan kos hidup yang semakin tinggi di banding golongan politik dan ‘elite’ yang semakin hidup mewah dalam menguasai kekayaan negara…PRU12 dan PRU13 merupakan satu anjakan paradigma rakyat untuk menyatakan protes pada masaalah sosial dan ekonomi yang dihadapi olih rakyat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.