Pemilihan PKR: Nik Nazmi Tewas di Setiawangsa, Afdlin Shauki Catat Kemenangan Mengejut

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa selepas tewas kepada pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki, dalam pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini.

Afdlin memperoleh 631 undi, mengatasi Nik Nazmi yang meraih 563 undi, sekali gus menamatkan kepimpinan Nik Nazmi di cabang berkenaan. Berdasarkan borang keputusan PKR, hanya 1,207 undi dikeluarkan daripada 1,640 ahli yang layak mengundi di cabang tersebut.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Senator K Saraswathy turut gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Bukit Bintang, apabila tewas kepada veteran parti, Anwar Pawan Chik, yang menang dengan 807 undi.

Saraswathy hanya memperoleh 683 undi, diikuti rapat oleh calon lain, Sivamalar Genapathy, yang mendapat 664 undi, mencerminkan persaingan sengit di cabang tersebut.

Keputusan ini menunjukkan landskap dalaman PKR terus dinamik dengan beberapa pemimpin utama kerajaan berdepan cabaran getir untuk mengekalkan pengaruh di peringkat akar umbi parti.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat