Lagi Kes Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit : TCE Baby Expo Mohon Maaf , Tidak Akan Lepas Tangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penganjur TCE Baby Expo hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia susulan insiden paparan bendera Malaysia yang tidak lengkap di salah satu booth pempamer yang mengambil bahagian dalam ekspo jualan barangan bayi itu.

Insiden berkenaan mencetuskan kritikan ramai selepas tular di media sosial video memaparkan latar pentas yang hanya menampilkan 14 jalur merah putih dan bintang pecah 14 tanpa simbol bulan sabit, yang merupakan elemen penting dalam bendera rasmi negara.

Booth tersebut dipercayai dikendalikan oleh syarikat luar, Singapore Lactation Bakes™️ (SLB), dan reka bentuk skrin belakangnya menjadi perhatian awam apabila dianggap mencemarkan imej bendera negara.

Dalam kenyataan rasmi, pihak penganjur menegaskan bahawa mereka mengambil serius isu tersebut dan telah mengambil tindakan serta-merta, termasuk:

  • Menutup sepenuhnya operasi booth SLB

  • Menurunkan video promosi berkenaan

  • Menjalankan siasatan dalaman

  • Meneliti semula proses semakan bahan visual dalam pameran akan datang

Menurut kenyataan itu lagi, walaupun kandungan tersebut dihasilkan oleh pihak pempamer, pihak TCE Baby Expo tidak akan lepas tangan dan komited untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang.

“TCE Baby Expo dibina atas asas kepercayaan dan hormat kepada identiti negara. Kami tidak akan mengambil ringan isu ini kerana ia menyentuh maruah negara dan sensitiviti rakyat,” menurut kenyataan itu.

Ekspo jualan berkenaan sedang berlangsung di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara dan dijangka berakhir esok.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat