IPIM Pupuk Kefahaman Golongan Muda Terhadap Warisan Sejarah

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) yang merupakan program pendidikan muzium berstruktur.

Menterinya, Datuk Aaaron Ago Dagang berkata IPIM dirangka dengan menggabungkan pendidikan formal (institusi pendidikan) dan tidak formal (pendidikan muzium) menggunakan pendekatan ‘hands on’ terhadap koleksi muzium sebagai sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pedagogi.

Beliau berkata IPIM menggunakan Rancangan Pendidikan Muzium berdasarkan koleksi (artifak) yang dirangka khusus mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran Sejarah.

“IPIM dapat memupuk kefahaman dan kesedaran golongan muda terutamanya pelajar sekolah terhadap warisan sejarah dan kepelbagaian budaya yang perlu dihargai dan dipertahankan sebagai identiti nasional, ”katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

“Program pembelajaran menerusi koleksi ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan organ deria bagi merangsang dan memaksimumkan tumpuan mereka sekaligus melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

“Sebanyak 41 buah Muzium Persekutuan dan Negeri di seluruh negara akan melaksanakan program IPIM ini yang selari dengan pendekatan nilai Malaysia MADANI iaitu hormat dan keyakinan,”katanya lagi.

Tambahnya, permohonan Program IPIM kini dibuka bermula pada 16 April 2025 dan pihak sekolah atau guru-guru yang berminat untuk menyertainya boleh mengemukakan permohonan melalui pautan https://ipim.jmm.gov.my/.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia Unit Pendidikan Muzium di talian 03-2267 1000 samb. 111/166. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat