Dunia Tidak Menentu, Malaysia Perlu Tingkat Daya Saing dan Ketahanan Ekonomi – Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dunia hari ini berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat dasar perdagangan unilateral yang semakin meningkat, sekali gus menuntut Malaysia memperkukuh daya tahan dan daya saingnya dalam pelbagai sektor.

Menerusi catatan di platform X hari ini, Anwar berkata langkah-langkah seperti penyediaan pendidikan berkualiti, latihan kemahiran yang relevan, dan pendekatan ekonomi baharu adalah kunci utama untuk menghadapi cabaran global semasa.

“Dunia hari ini tidak menentu tatkala ekonomi global terjejas akibat dasar tarif yang diputuskan secara sepihak,” tulis beliau, merujuk kepada perang perdagangan dan ketegangan ekonomi antarabangsa yang memberi kesan kepada negara membangun seperti Malaysia.

Dalam catatan itu, Anwar turut mengangkat pencapaian Sarawak sebagai contoh kejayaan pentadbiran negeri yang stabil dan berwawasan dalam menghadapi cabaran ekonomi.

“Model pembangunan Sarawak yang teguh, dengan pelaburan infrastruktur yang besar menggunakan dana sendiri, bukan berlaku secara kebetulan. Ia hasil kestabilan politik dan kepimpinan yang telus,” katanya.

Beliau memuji inisiatif-inisiatif seperti pembangunan Hospital Kanser Kuching yang didanai terlebih dahulu oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai bukti komitmen terhadap kebajikan rakyat.

Anwar juga menzahirkan keyakinan bahawa semangat yang ditunjukkan oleh Sarawak jika disemai di seluruh negara, akan membawa Malaysia ke hadapan dengan lebih gagah dan bermaruah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat