SL1M: Golongan Muda Disaran Rebut Peluang

ALOR SETAR – Golongan muda dan le­pasan universiti disaran meng­gunakan peluang me­nerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sebaiknya untuk mempersiapkan diri bagi me­nempuhi alam pekerjaan yang sebenar selain manfaat peningkatan kerjaya bagi untuk masa depan kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, banyak peluang latihan disediakan oleh SL1M untuk golongan tersebut dan mereka sepatutnya tidak terlalu memilih kerjaya demi masa depan.

“Anak muda dan graduan perlu memandang serius peluang diberikan agar dapat menghasilkan kejayaan membanggakan dalam setiap bidang yang diceburi.

“Gunakan setiap peluang yang ada untuk persiapkan diri dengan ilmu yang berfaedah dan pastikan peluang latihan diberikan itu digunakan sebaik mungkin supaya ada peningkatan dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Temu Duga Terbuka SL1M 2018 Peringkat Zon Utara di sini baru-baru ini, petik Utusan

Tambahnya, golongan tersebut boleh mencontohi ikon dan mereka yang berjaya menerusi SL1M dengan menyasarkan kejayaan dalam bidang yang disertai.

“Setakat ini, ramai peserta SL1M berjaya malah menjadi ikon dalam industri masing-ma­sing, jadi anak muda boleh ambil mereka ini sebagai contoh untuk berusaha menjadi terbaik tanpa mengira apa jua bidang yang diceburi,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ahmad Ba­shah memberitahu bahawa kerajaan ne­geri akan menjalinkan lebih ba­nyak kerjasama dengan syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pe­kerjaan.

“Kita akan mengadakan ker­jasama dengan GLC dan syarikat yang melabur di Kedah bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di ne­geri ini.

“Selain itu, menerusi SL1M, kita akan giatkan lagi usahasama untuk mewujudkan jalinan industri termasuk dengan syarikat pelaburan milik negeri yang bakal memanfaatkan golongan muda dan lepasan universiti,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.