Cerita Kapal Tak Boleh Jawab, Pusing Pula Cerita Lain

Cerita mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dah lama berakhir. Siasatan sudah dijalankan oleh banyak pihak, tapi pembangkang tak puas hati. Mereka membuka semula isu itu dan kitar semula.

Mereka kaitkan dengan kapal layar Equanimity yang dirampas oleh polis di Bali. Bila mahkamah di Indonesia sudah mengesahkan bahawa Equanimity (Cayman) Ltd. sebagai pemilik kapal mewah Equanimity dan tiada kaitan sama sekali dengan 1MDB, mereka buka pula cerita lain.

Ini tandanya mereka tak nak dengar pun penjelasan mengenai 1MDB. Ketua pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dah berbuih mulut menerangkan mengenai 1MDB. Beliau juga menerangkan 1MDB dalam bahasa yang mudah difahami tapi masih sama.

Pembangkang tutup telinga. Sudah lebih 99 kali penerangan dan penjelasan dilakukan, tapi pembangkang tidak berminat pun dengan jawapannya. Mereka hanya mahu tanam dalam fikiran rakyat Malaysia bahawa 1MDB merupakan skandal terbesar negara.

Mereka kemudiannya kaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun siasatan menunjukkan bahawa Najib tidak terlibat dengan 1MDB.

Kalau Najib bersalah, tidak mungkin bekas Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw dari DAP sanggup mempertahankan Najib.

Seng Giaw adalah Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semasa siasatan itu dijalankan, jadi sudah tentu beliau tahu semuanya.

Dan harga yang perlu dibayar oleh Seng Giaw kerana mempertahankan kebenaran ialah namanya digugurkan daripada menjadi calon.

Tapi Seng Giaw menerima keputusan itu. Beliau enggan jadi pak turut yang mengikut semua keputusan. Tapi satu je, Seng Giaw tetap pertahankan Najib.

Rekod Seng Giaw sebagai ahli Parlimen adalah sangat baik, terutamanya apabila beliau mencatat majoriti yang sangat tinggi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, iaitu dengan 40,307 undi.

Apabila pemimpin cemerlang diambil tindakan, tetapi pemimpin yang sudah ada kes mahkamah dibiarkan, rakyat akan melihat mereka mengamalkan sikap ‘pilih bulu’ dan itulah yang berlaku dalam DAP.

Kes mahkamah merujuk kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang menghadapi dua tuduhan rasuah di mahkamah.

#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.