Adakah Pakatan Pembangkang Dengan Sengaja Kehilangan Arah Tujuan?

Tulisan asal oleh:
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 18 April 2018

Nampaknya tujuan utama pakatan pembangkang dalam PRU14 adalah membariskan calon-calon di kawasan pilihan raya yang pasti menang atau mengalahkan calon-calon tertentu dari Barisan Nasional.

Pembangkang seolah-olah melihat PRU14 seperti pertandingan populariti untuk melihat calon parti mana yang lebih popular.

Tujuan pilihan raya umum ialah memilih kerajaan yang lebih baik atau kerajaan terbaik untuk negara.

Pilihan raya umum bukan pertandingan membandingkan ego dan untuk melihat siapa yang memenangi pertandingan personaliti.

Ia mengenai siapakah yang boleh mentadbir negara dan masa depan Malaysia dengan lebih baik.

Pakatan pembangkang menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia.

Mencabar untuk bertanding di kawasan tertentu untuk membuktikan beliau ‘anak jantan’ bukanlah tujuan sebenar pilihan raya demokratik.

Ini bukan pertandingan tinju untuk membuktikan siapa lagi gagah dan berani. Apa yang berlaku kepada konsep perkhidmatan kepada rakyat?

Link asal artikel:
https://sskeruak.blogspot.my/2018/04/is-opposition-pact-losing-sight-of.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.