Syed Saddiq: Saya Tahu Cikgu Diugut

Pemuda Parti Pribumi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa seorang pengasasnya menjadi mangsa “ugutan”, menyebabkan beliau keluar parti hari ini.

“Saya tahu sebelum ini cikgu telah pun diugut..,” kata Ketua Armada BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman dalam kenyataannya sebentar tadi.
Beliau juga mendakwa isteri Kamarulazman Habibur Rahman turut menerima nasib sama, tanpa memperincikan dakwaan itu.

Kamarulazman dalam sidang media hari ini mengumumkan melepaskan keanggotaan dan semua jawatannya dalam parti.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.