Video: Mia Sara Sedih, Hadapi Dugaan Menjadi Usahawan

Oleh: Saiful Izzuwan Mohammad

 

KUALA LUMPUR –  Pelakon cilik dan usahawan muda,  Mia Sara meluahkan rasa sedih dan bersyukur apabila beliau berjaya membangunkan syarikat dan koleksi pakaiannya yang diberi nama Mia Sara Couture.

 

Menurutnya, beliau tidak menyangka bahawa perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan kini telah berkembang selepas beliau telah berhijab.

 

“Tak sangka Mia Sara Couture boleh jadi besar macam ini, Mia tak sangka, walaupun Mia baru berumur 11 tahun, Mia dah boleh keluarkan tudung jenama Mia sendiri.

 

“Bila Mia habis pergi Umrah, memang Mia cakap kat papa Mia kena pakai tudung sekarang, pastu papa kasi pakai tudung, lepas dah masuk surat khabar apa semua, Mia tak sangka Mia Sara Couture terus jadi sebesar seperti ini,” katanya ketika pelancaran Mia Sara Couture Di Hotel Royal, petang tadi.

 

Tambah beliau lagi, sebagai seorang pemilik syarikat, pelbagai cabaran yang ditempuhi ketika perniagaannya baru sahaja bertapak.

 

“MS Couture ini kecil-kecil sahaja, jual kat Kampung Batu sahaja, tak ada kedai permanent, stokis dan jual sendiri sahaja.

 

“Itu pun kadang-kadang sehari dua tak ada customer yang datang, pernah,” ujarnya.

 

Misa Sara Couture menampilkan koleksi tudung yang didatangkan khas untuk ibu dan anak yang diberi nama Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah  serta koleksi jubah yang mempunyi tiga jenis rekaan eksklusif yang diberi nama Marissa, Sofia dan Madeena. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.