Raja Muda Perlis Bersama Umat Islam Tunai Solat Istisqa

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berserta kira-kira 800 orang umat Islam menunaikan sembahyang solat Istisqa (memohon hujan) di pekarangan Istana Arau pagi ini.

 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari, Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor.

 

Solat dianjurkan Jabatan Mufti Perlis dan MAIPs bermula pukul 8.30 pagi yang diimamkan Pegawai Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti, Mohd. Abd. Kadir Sahak.

 

Mohd. Asri memberitahu pemberita kemudiannya solat tersebut mendapat sambutan memuaskan daripada orang ramai walaupun ia dilakukan pada hari bekerja.

 

“Saya berharap orang ramai terus berdoa bersendirian memohon Allah menurunkan hujan setelah keadaan kemarau agak lama,” katanya.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.