Video: Pemuda Palestin Buat Perahu Dari Botol Minuman Plastik, Viral Di Internet

Kuala Lumpur – Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

 

Peribahasa itu sangat sesuai bagi merujuk kepada kesungguhan sekumpulan pemuda Palestin apabila mereka menggunakan kreativiti untuk membina sebuah perahu dengan menggunakan bekas botol plastik minuman berkarbonat.

 

Botol minuman plastik yang diterbalikkan dan kemudiannya diikat dengan menggunakan dawai itu, disusun mengikut model sebuah perahu yang boleh dinaiki.

 

 

Rakaman perahu yang sudah disiapkan dan diguna oleh pemuda Palestin itu kini menjadi viral di internet.

 

Bagi menunjukkan kejayaan dan bukti mereka membuatnya, bendera Palestin turut disisipkan dibahagian hadapan dan belakang perahu itu.

 

Para pengguna Facebook yang telah melihat gambar itu turut berkongsi gambar di laman sosial hingga mendapat pelbagai komen dan disukai lebih 1,325 kali.

 

Rata-rata pengguna internet memuji usaha pemuda Palestin berkenaan yang dianggap sebagai usaha yang kreatif dan patut dicontohi.

 

Seorang pengguna laman sosial, Zaffri Abdullah Sani memberikan komennya dengan menyatakan, negeri-negeri yang selalu dilanda banjir boleh mengambil contoh usaha rakyat Palestin itu sebagai persediaan sekiranya ditimpa musibah banjir.

 

“Kumpul botol-botol plastik, buat dulu sampan…bila ada lebih baru boleh jual botol-botol ke tempat barang-barang terbuang.

 

“Barulah manusia tahu betapa berharganya botol-botol kosong untuk nyawa manusia,” tulisannya diruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.