Kerana Cacat, Ibu Rela Anaknya Mati

Madhya Pradesh (India) – Sepasang ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang kepalanya terkulai 180 darjah mengakui lebih rela anak mereka itu mati untuk menamatkan penderitaannya, lapor Mail Online.

 

Mahendra Ahirwar, 12, menderita penyakit pelik yang menyebabkan leher membengkok dan kepala seolah-olah tergantung selain tulang belakangnya yang lemah menyebabkannya tidak mampu berdiri atau berjalan selain cara duduknya turut terbatas.

 

Dia mampu merangkak, tetapi memerlukan bantuan untuk makan dan pergi ke tandas.

 

Ibu bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, dan Sumitra Ahirwar, 35, sudah membawanya berjumpa lebih 50 doktor di seluruh India, namun gagal mendiagnosis penyakitnya.

 

“Dia perlu diangkat seperti bayi, tetapi dia sudah berusia 12 tahun, bagaimana bila dia semakin tua? Jika doktor tidak mampu merawatnya, lebih baik Tuhan ambil dia,” kata Sumitra.

 

Lebih memeranjatkan apabila penduduk sekitar menyalahkan Makesh atas dosa lalu yang menjadi punca kecacatan anaknya. sepanjang mengandung Mahendra, Sumitra tidak pernah berjumpa doktor kerana menganggap kandungannya tidak bermasalah apatah lagi mereka mempunyai anak berusia 16 dan 10 tahun yang dilahirkan normal.

 

Mereka mula perasan kepala Mahendra terkulai ketika berusia enam bulan.

 

”Pada mulanya kami menyangka dia sedikit lemah dan akan beransur pulih, tetapi pada ulang tahun ketiganya dia tidak mampu menegakkan kepalanya sama sekali,” katanya.

 

Mukesh yang berpendapatan Rs200 (RM17) sehari bekerja di tapak pembinaan terpaksa meminjam wang daripada rakan dan saudara-mara bagi membolehkannya mencari rawatan perubatan.

 

Namun sejak dua tahun lalu dia memutuskan untuk berhenti membawa Mahendra berjumpa mana-mana doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.