Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Maut Karpal Singh

Kemaskini!!!! Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Nota : Tunggu rakaman ‘ritual menghalau puaka’ yang dilakukan oleh Raja Bomoh.

14 thoughts on “Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Maut Karpal Singh

  • April 20, 2014 at 7:18 am
    Permalink

    ya Allah, teruk sangat dah dia ni. Adik aku mula nak ikut ikut apa yang dia buat. risau kalau rosak..

    Reply
  • April 20, 2014 at 10:07 am
    Permalink

    bawak2 larh taubat datuk, dah kubur kata mari rumah kata pergi dah too… dah itu ketentuan tuhaN ALLAH DAH TENTUKAN, naper lak nak sibuk2 kater puaka, pusaka bagai2, nak cari publisiti murahan sgt nampak dan ketara sgt datok oiii…. meluat menyampah lak tengok sia2 hidup ilmu banyak tp BODOH BORTINGKET2

    Reply
  • April 20, 2014 at 12:24 pm
    Permalink

    Bodo nye org tue bomoh nih..mcm lah org kat malaysia suka sgt ngn die ni..suda2 lah memperbodokn diri ko tu bomo oiii…elok nye ko yg mati drpd idup

    Reply
  • April 20, 2014 at 5:30 pm
    Permalink

    Pakcik, meh i bawak u pergi Malioboro. Lepas tu u akan lupa apa title u dengan cara pakai songkok pun lupa.

    Reply
  • April 20, 2014 at 9:47 pm
    Permalink

    Lantak lah dia nak buat apa, sekurang kurangnya dia berusaha untuk memulihkan dan mengurangkan kemalangan mengikut cara cara dia.
    Dia tak ganggu kamu pon, yang kamu nak bising bising senang senang nak kata orang bodoh lah itu ini lah apa hal? Melalak dan meroyang tak tentu pasal.
    Ada dengar penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang Bomoh? Jangan senang senang nak tuduh orang syirik ke apa ke takot nanti orang cakap kamu tak ada ilmu.
    Meluat betol dengan orang suka buat kecoh macam orang tak ada otak nak buat komen! Langsung tak membantu.

    Reply
    • April 21, 2014 at 12:52 am
      Permalink

      MEMANG DIA XKACAU SAPE2….KAU SEDAR X DIA MEMALUKAN ORANG..NAK BUAT SENYAP2 XLEH KE…NAMPAK SGT BODOH 2 WAT PE.

      Reply
  • April 20, 2014 at 11:06 pm
    Permalink

    Benda syirik mesti dikatakan salah. Pemberi komen dan pgkritik bjaya mbuktikan mereka sensitif pada perkara haram dan syirik. Sekurang2nya kritikan mereka menyumbang kpd memberi kesedaran kpd pmbaca lain. Amalan bomoh si tua ni tiada kena mengena dgn kenyataan u.azhar. Amalan si tua ni benar2 memalukan umat Islam.

    Reply
  • April 20, 2014 at 11:48 pm
    Permalink

    mmg die tak kacau sape2..tpi nak tanya satu je..ada ke mana2 hadis nabi muhammad pernah buat mcm tok bomoh ni?..klau ada buktikan..akidah kene jelas..kita ahli sunnah waljaamaah..ikut sunnah..tok bomoh ni lajak daripada laju..lagi hebat dari nabi..

    Reply
  • April 21, 2014 at 3:00 am
    Permalink

    Hahahaha apa lah nak jadi dengan raja bomoh ni.. Udah2 lah malu kan rakyat Malaysia…
    Kalau nak selamat kan rakyat Malaysia. Tolong berhenti buat camni.. Itu lagi bagus daripada orang luar memperbodohkan rakyat Malaysia

    Reply
  • April 21, 2014 at 3:14 pm
    Permalink

    itu lah semangat patriotisme datuk mahaguru tu klu org lain yg biasa2 ni tak nampak pun dia nak komen mcm tu tapi kerana individu yg terkena sumpah bangsa kita, yg tersungkur itu yg kita lihat dimedia2 itu mencemarkan intstitusi raja2 dan kalimah2 agama yg mulia adat bangsa melayu, itulah kita seharus melihat kenapa datuk mahaguru tampil menebus maruah bangsa nya dgn cara nya yg tersendiri, sekurang2 nya bangsanya bukan yg calang2bangsa yg boleh dikotak katik dan dihina

    Reply
    • April 22, 2014 at 3:05 pm
      Permalink

      menebus maruah bangsa kau ckp?

      memalukan agama, bangsa n negara adela
      satu dunia gelak, pndang sinis pd malaysia gara2 tok bomoh ni…kita jd bhn ketawa gara2 ritual bodoh dia..nk jd bodoh pun diam2 dahla..ni sibuk nk buat kt public, dpn wartawan asing…

      maruah apa yg ko ckp ni din??

      Reply
  • April 21, 2014 at 7:29 pm
    Permalink

    Jangan lah condemn ‘Raja Bomoh’ ini…. Ia tidak membawa kemudaratan ka sesiapa…. Jika ia berjaya jadi lah, kalau tidak berjaya biar lah sahaja….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.