Polis Rampas Trofi Piala Dunia FIFA

Yiwu: Lebih seribu Piala Dunia FIFA palsu dirampas oleh pihak berkuasa kastam di bandar di wilayah Zhejiang ini, semalam.

Rampasan itu dibuat selepas piala palsu itu ditemui dalam kontena untuk dihantar ke Libya.

Dengan kejohanan Piala Dunia Brazil semakin hampir, jualan barang tiruan semakin meningkat di pasaran. Sehubungan itu, pihak kastam Hangzhou dan kastam di Yiwu serta polis melancarkan kempen selama dua bulan membanteras pelanggaran harta intelek yang berkait dengan kejohanan berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.