Video: Tular Penampakan ‘Kereta Api Hantu’

BAOTOU – Tular satu video rakaman aneh dan menyeramkan.

Nampaknya, yang dimuat naik kali ini adalah kereta api hantu pula di China.

Video itu adalah rakaman kamera CCTV di Stesen Keretapi Baotou, China pada 10 Mac, 2018, yang kemudiannya di muat naik oleh satu akaun di perkongsian video popular sehingga menjadi tular.

Seperti yang dipetik daripada Daily Star (16/3/2018).

“Apabila pegawai stesen menonton monitor kamera CCTV, dia melihat ‘kereta api hantu’ itu tiba-tiba muncul di salah satu platform.”

“Kereta api hantu itu datang, berhenti dan pergi seolah-olah ia adalah kereta api sebenar yang menaikkan dan menurunkan penumpang,” kata kenyataan itu.

Pada masa ini, rakaman telah ditonton kira-kira 40,000 orang dan mencetuskan perdebatan netizen di laman itu.

Terdapat netizen yang percaya pada rakaman kereta api hantu itu.

“Pasti kereta api hantu.”

Seorang daripadanya menulis, “Kereta api itu berasal dari dimensi lain yang tiba-tiba berhubung dengan dimensi kita.”

Walau bagaimanapun, tidak sedikit yang menganggapnya ragu-ragu dan cuba memberikan penjelasan yang lebih rasional.

“Bagi saya, ia kelihatan seperti refleksi di tingkap,” tulis Nicole Hervieux dalam menerusi komen video tersebut.

Terdapat juga respon dengan memberikan sindiran humor.

“Ia adalah kereta api Hogwart Express seperti dalam filem Harry Potter,” kata satu akaun yang mengulas mengenai video kereta api hantu seperi yang dilaporkan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.