MH370 Ditemui Di Google Earth?

Seorang pakar amatur Australia dalam siasatan kemalangan udara mendakwa telah menemui kehilangan MH370 di Google Earth empat tahun selepas kehilangannya.

Terdahulu, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 orang telah hilang pada 8 Mac 2014.

Peter McMahon, jurutera mekanikal Australia yang bekerja dalam siasatan kemalangan selama lebih 25 tahun, telah mendakwa dia telah menemui pesawat itu, seperti dilapor Daily Star Online, semalam.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi telah dikeluarkan atas tuntutan ini.

McMahon yang berusia 64 tahun itu berkata, beliau melihatnya menerusi imej NASA dan Google Maps sejak pesawat itu hilang.

Ia dilihat berada di lokasi 16km selatan Pulau Round, sebuah pulau kecil di utara Mauritius.

“Empat warga Amerika dihantar ke Australia untuk menyelia penemuan MH370 itu,” McMahon dilaporkan oleh portal tersebut.

“Mereka telah memastikan semua maklumat yang diterima disembunyikan daripada orang awam, – tetapi mengapa?”

Beliau berkata pesawat itu penuh dengan lubang peluru.

Beliau mendakwa pihak berkuasa “tidak mahu ia ditemui kerana ia dipenuh dengan lubang peluru.

The Daily Mirror melaporkan dengan screenshot yang didakwa diambil dari pesawat di Google earth, dalam satu tangkapan skrin, garis besar dilihat sebagai pesawat udara dapat dilihat di bawah permukaan air.

Kehilangan pesawat jet penumpang Boeing 777, sejak itu disebut sebagai misteri penerbangan terbesar di dunia, terus membingungkan pakar penerbangan dan masih meneruskan operasi pencarian itu.

Sejak awal tahun ini, tiada bukti kukuh telah ditemui dari operasi pencarian terkini, yang dilakukan oleh sebuah syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat, yang diberi mandat rasmi mencari serpihan pesawat yang hilang, memandangkan ia mencari kawasan lebih daripada 16,000km².

Setakat ini, hanya tiga serpihan MH370 yang telah disahkan di pantai barat Lautan Hindi, termasuk komponen sayap dua meter yang dikenali sebagai flaperon.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.