Neng Yatimah Hembus Nafas Terakhir

SINGAPURA – Seniwati veteran, Neng Yatimah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Singapura pada usia 92 tahun kerana sakit tua.

 

Berita Harian Online melaporkan mengenai pemergian beliau, yang mana ia disahkan sendiri oleh cucunya, Azlynn ketika dihubungi portal itu.

 

Azlynn berkata, beliau dimaklumkan berita kematian neneknya itu oleh saudaranya yang berada di negara seberang.

 

Beliau bagaimanapun masih menantikan butir lanjut berhubung majlis pengebumian jenazah neneknya. “Saya baru saja dimaklumkan mengenai berita kematian Nenek Neng oleh saudara di Singapura namun saya tidak dapat ke sana pada saat akhir ini.

 

“Nenek Neng meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi tadi pada usia 92 tahun kerana sakit tua. Urusan jenazah sedang dilakukan oleh saudara saya yang berada di sana.

 

“Sekiranya segala urusan dipermudahkan, Insya-Allah jenazah akan dikebumikan selepas solat Zuhur,” kata Azlynn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.