vivo X5Max Dengan Dua Kad SIM

Jenama telefon pintar antarabangsa, vivo mengesahkan model telefon pintar ternipis keluarannya, vivo X5Max yang ditampilkan dengan tema ‘Extreme Hi-Fi & Slim Body’ akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam tempoh terdekat.

 

Peranti pintar itu yang hanya setebal 5.8mm, menyerlahkan keupayaan vivo menghasilkan peranti pintar yang dipakej dengan pelbagai ciri dan fungsi inovasi yang memudahkan penggunaan.

 

vivo x5Max adalah telefon pintar pertama yang dibina dengan ciri piawai Hi-Fi 2.0 yang diterjemahkan menerusi prestasi yang jauh lebih hebat berbanding model terdahulu. vivo X5Max menggunakan Snapdrafon 615 dan dijana pemproses 64-bit teras octa serta dipadankan dengan RAM sebesar 2GB serta memori terbina dalam 16GB.

 

Ia juga disokong dengan keupayaan memuatkan dua SIM (microSIM dan nanoSIM) serta menyokong kad memori luaran hingga 128GB. Pengguna yang tidak memerlukan slot SIM tambahan boleh memasukkan kad memori microSD.

 

Selain itu, vivo X5Max dibina menggunakan menggunakan keluli yang tahan karat dan salutan anticap jari dalam pembuatan badannya. Skrin pula menggunakan panel 5.5 inci Super AMOLED dengan paparan 1080P yang mana mengandungi tahap kecerahan dan ciri-ciri kontras yang tinggi.

 

vivo X5Max juga didatangkan bersama dengan bicu fon kepala 3.5mm bagi membolehkan pengguna menikmati muzik yang bertenaga dan menyegarkan tanpa perlu berbelanja tambahan membeli aksesori.

 

Memperkemas pengalaman pemilikan peranti pintar ialah keupayaan hebat mengambil gambar menerusi kamera depan 5MP dan 13MP di belakang. Dengan bukaan F2.0, kamera pada peranti itu mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal bunyi semasa mengambil gambar sekali gus memberikan pengguna kebebasan untuk merakam imej pegun atau video.

 

Telefon pintar terbaharu vivo X5Max dijangka dibawa ke Malaysia dengan tanda harga dari RM1,799 seunit. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.