Reman Pengasuh Disambung Siasat Kes Dera

IPOH – Seorang pengasuh yang sebelum ini direman berkaitan kes bunuh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun sekali lagi direman selama empat hari atas dakwaan kes mendera abang mangsa yang berusia 6 tahun.

 

Wanita berusia 26 tahun direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

 

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Nor Saraniya Abdullah meninggal dunia selepas tidak sedarkan akibat terjatuh di ruang tamu rumah di Taman Klebang Jaya, di sini.

 

Wanita yang juga merupakan pengasuh kepada kanak-kanak itu ditahan selepas pakar forensik menemui kesan kekerasan dan penderaan pada badan mangsa. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.