Pemimpin DAP Gesa Parti Pembangkang Henti Kerjasama Dengan Pas

PULAU PINANG – Pembangkang diminta memutuskan semua kerjasama melibatkan Pas memandangkan parti itu disifatkan sebagai pengkhianat apabila membawa usul berkenaan hudud ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

 

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berkata, kerjasama itu boleh dihentikan di negeri ini terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke negeri-negeri lain termasuk di peringkat Pusat.

 

Menurutnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu segera menggantung semua kerjasama bersama Pas di peringkat kerajaan tempatan termasuk Jawatankuasa Kerjasama dan Keselamatan Kampung (JKKK).

 

“Pas sudah tidak boleh dipercayai dan apa yang dilakukan mereka adalah tunggu dan mengkhianati, jadi pakatan pembangkang perlu ambil tindakan terhadap Pas di semua peringkat di negeri ini dengan kadar segera.

 

“Kerajaan negeri harus membakar semua jambatan yang menghubungkan Pas dengan mereka dan kita tidak boleh percaya dengan Pas lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.