Kereta Ferrari Kuning Zizan Kemalangan Di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Pembantu peribadi kepada pelakon dan pe­lawak Zizan Razak mengesah­kan kereta Ferrari milik Zizan mengalami kemala­ngan di Putrajaya kelmarin.

 

Menurut Izwan Zailani, 25, kejadian tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 31, gagal dikawal dan me­langgar pembahagi jalan sewaktu selebriti itu dalam per­jalanan ke sebuah lokasi penggambaran drama sekitar Putrajaya.

 

“Kejadian tersebut berlaku ketika dia hendak pergi ke lokasi penggambaran.

 

“Kereta jenis Ferrari F430 itu gagal dikawal dan akhirnya terlanggar pembahagi jalan.

 

“Bagaimanapun, kenderaan ter­­sebut tidak rosak teruk, manakala Zizan tidak mengalami kecede­raan.

 

“Buat masa ini, saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam. – KOSMO!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.