DAP Tidak Kenang Budi, Kata Pemimpin Pas

PULAU PINANG – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi disifatkan sebagai tidak mengenang budi apabila mendesak partinya menghentikan kerjasama dengan Pas berikutan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di Kelantan.

 

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, Jeff Ooi seharusnya berfikir panjang sebelum membuat desakan melulu memandangkan kerjasama yang terjalin antara Pas dan DAP di negeri ini sudah lama iaitu lebih 10 tahun.

 

“Kenapa hendak campurkan isu di Kelantan dengan di Pulau Pinang dan saya berpandangan tindakan itu tidak wajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir berkata, kejayaan DAP memerintah negeri ini sejak 2008 bukan disebabkan kekuatan parti itu semata- mata tetapi dengan bantuan Pas.

 

“Selama ini, Pas di Pulau Pinang memainkan peranan ke arah kejayaan DAP menguasai negeri ini dan perkara itu tidak boleh dinafikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.