Bas Percuma Pada Istiadat Diraja

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat jelata di sekitar bandar raya ini yang ingin menyaksikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berlangsung pada 23 Mac ini.

 

Menurut portal rasmi Kerajaan Negeri Johor, perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma itu akan bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam melibatkan lebih 20 laluan perjalanan di sekitar bandar raya ini.

 

Perkhidmatan bas percuma itu merupakan satu inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan kelancaran istiadat berkenaan dengan membawa rakyat ke destinasi-destinasi pilihan mereka, sekali gus tidak mengganggu perjalanan dan program yang berlangsung akibat penutupan beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini.

 

Semua bas secara percuma itu akan mempunyai logo Kemahkotaan DYMM Sultan Johor dan hanya disediakan sehari iaitu pada hari kemahkotaan tersebut.

 

Dijangkakan seramai 40,000 rakyat Johor dijadual hadir menyak­sikan istiadat kemahkotaan tersebut yang dimulakan dengan perarakan selama 30 minit pada pukul 10 pagi 23 Mac ini. – KOSMO!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.