Selepas Najib Bangkitkan Di Semenyih, Hari Ini Kerajaan PH Umum Bantuan Bujang RM100

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat kejutan apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian Batuan Sara Hidup (BSH) berjumlah RM100 kepada orang bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH2018.

Menurut Lim Guan Eng, pemberian tunai itu akan memanfaatkan lebih daripada tiga juta individu bujang dan membabitkan peruntukan RM300 juta.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyarankan supaya bantuan tunai turut diberikan kepada anak muda yang bekerja dan belum berkahwin.

“Lantaran saranan ini dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan sebagai permulaan akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,” katanya.

Namun demikian, Menteri Kewangan itu menjelaskan berhubung bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Pengumuman mengejut itu menyusul hanya berselang dua hari selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk orang bujang yang telah dimansuhkan oleh kerajaan PH dan kebetulannya juga diumumkan kurang dua minggu menjelang PRK DUN Semenyih di Selangor.

“Dulu mereka kata kalau PH menang rakyat senang (mansuh GST). Betul ke senang? Tak betul. Mereka kata kalau PH menang barang turun (SST),.. turun ke tak turun?

“Kalau ada GST, tuan-tuan, kita boleh tolong rakyat yang memerlukan pertolongan. (Jika PRU14 lalu BN menang) kita boleh bagi (BR1M) orang bujang. Orang bujang akan dapat RM650 (bagi tahun 2019).

“Sekarang ini dapat atau tidak?,” soalnya ketika berucap kepada lebih 1,000 hadirin di Bandar Tasik Kesuma, sempena kempen PRK DUN Semenyih, Ahad lepas.

No photo description available.

Pada hari yang sama beberapa jam sebelum berucap di majlis tersebut, Najib turut membuat hantaran mengenai BR1M di Facebook beliau.

“Kutipan GST akan bertambah setiap tahun selari dengan pertumbuhan saiz ekonomi negara walaupun kadar cukai GST tetap sama.

“Tidak ada satu tahun di mana jumlah BR1M yang diberi atau kategori yang layak untuk menerima BR1M atau kedua-duanya tidak ditambah.

“Jika BN menang PRU14, BR1M untuk orang bujang juga dinaikkan menjadi RM600 untuk tahun 2018 dan RM650 untuk tahun 2019,” ujarnya.

BR1M untuk golongan bujang mula diperkenalkan pentadbiran Najib pada 2013 dengan kadar RM250. Angkanya meningkat setiap tahun sehingga RM450 pada 2017.

Sementara itu, dalam hantaran terbarunya di Facebook berkaitan pengumuman mengejut kerajaan PH itu, Najib secara menyindir mengimbas kembali tuduhan PH yang mendakwa pemberian BR1M adalah rasuah.

“Hari ini, Guan Eng bersetuju serta-merta walaupun ini dalam tempoh kempen PRK. Tiba-tiba, ini bukan lagi rasuah seperti yang PH pernah tuduh BN berkali-kali. Negara bukan lagi bankrap dengan cerita dongeng hutang RM1 trilion.

“Bukan juga melanggar peraturan SPR dan etika pilihanraya. Bukan rasuah pilihanraya. BERSIH pun akan bisu kerana ahli BERSIH sudah dipilih menjadi lembaga pengarah SPR minggu lepas. Untuk PH, semuanya suci.

“Tak apalah. Asalkan anak-anak muda yang memerlukan akan dapat sekurang-kurangnya RM100, walaupun bukan lagi RM450 seperti dahulu atau RM650 untuk tahun ini jika masih di bawah BN.

“Angkat sahaja jika dibayar tetapi undi BN dalam PRK (Semenyih dan lain-lain). PH dan Guan Eng tentu akan tambah BR1M jika mereka terus rasa tertekan,” ujarnya sinis. – SuaraTV

Jika kita perhatikan track record dan data tentang bayaran BR1M, kutipan hasil GST dan defisit kerajaan semasa kerajaan…

Posted by Najib Razak on Saturday, February 16, 2019

4 thoughts on “Selepas Najib Bangkitkan Di Semenyih, Hari Ini Kerajaan PH Umum Bantuan Bujang RM100

  • February 21, 2019 at 11:09 pm
    Permalink

    Rm100 agak sikit jumlah…rm 350 bolih tahan lah yb lge…! Cuba lah naikan yb lge?

    Reply
  • March 29, 2019 at 11:09 am
    Permalink

    Alhamdulillah ada juga buat belanja tk byk2 PH….. syukur

    Reply
  • April 23, 2019 at 6:21 pm
    Permalink

    PH terbaik mantap amanah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!