Tempoh Tahanan Reman Warga Emas Dera pembantu Rumah Dilanjutkan

SEBERANG PERAI – Polis mendapat perintah menyambung reman selama tujuh hari mulai hari ini terhadap seorang wanita warga emas bagi membantu siasatan kes dera seorang amah warga Indonesia sehingga mati di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini 11 Februari lalu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Nor Hapipah Abdullah bagi membolehkan siasatan lanjut.

Sebelum ini, dua anak wanita berkenaan masing-masing lelaki dan perempuan berusia 36 dan 39 tahun telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad minggu lalu, pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia, Adelina Lisao, 26, meninggal dunia disyaki akibat didera. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.