Salji dan Kabus Tebal Rencat Usaha Iran Cari Pesawat Terhempas

Usaha pencarian pesawat Iran, Aseman Airlines yang terhempas di kawasan pergunungan Zagros, selatan Isfahan terpaksa ditangguhkan akibat salji tebal dan rebut.

Setakat ini lima helicopter dalam keadaan sedia untuk meneruskan pencarian sekiranya cuaca mengizinkan.

“Kawasan pergunungan sukar dilalui dan mustahil untuk menggunakan helikopter dalam keadaan kabus tebal, salji dan hujan lebat,” kata ketua pasukan penyelamat, Morteza Salimi.

Sementara itu, media tempatan Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) melaporkan, dengan keadaan angin yang semakin kuat, sajli dan cuaca gelap, adalah mustahil untuk pasukan pencari dan menyelamat dapat tiba ke kawasan pergununan itu.

Menurut IRIB, operasi telah ditangguhkan sehingga cuaca pulih.

Pasukan Palang Merah mengerahkan 45 pasukan bagi ke kawasan pergunungan namun gagal mengesan bangkai pesawat yang membawa 66 penumpang dan anak kapal.

Pesawat EP3704 Penerbangan Aseman dilaporkan hilang dari radar selepas 45 minit berlepas dari Tehran.
Syarikat penerbangan tersebut sebelum ini memaklumkan kesemua penumpang dan anak kapal telah terkorban, bagaimanapun telah menarik semula kenyataan itu.

Insiden pesawat terhempas di Iran ini merupakan bencana yang ketiga dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekatan daripada Amerika Syarikat (AS) adalah antara sebab yang menghalang Iran untuk membeli pesawat baharu atau alat ganti dari Barat.

Pesawat EP3704 daripada jenis ATR-72 yang dilengkapi enjin berkembar, yang hilang dari radar pada Ahad, telah digunakan selama 25 tahun. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.