Zainuddin Maidin Diminta Berhenti Tulis Seperti Orang `Tidak Waras’

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin telah dibidas kerana mempamerkan kritikan yang tidak munasabah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, susulan kenyataan beliau di twitternya.

Tindakan Zainuddin atau zam yang mendakwa banyak kejadian buruk berlaku di bawah pemerintahan Najib dianggap sebagai tidak waras.

Ini kerana kritikan beliau itu adalah melampau. Antara yang mengecamnya adalah Exco Pemuda Umno Ibdilillah Ishak yang mengecam tweet berkenaan dan meminta bekas menteri itu supaya berhenti menulis seperti ‘orang tidak waras’.

“Takkan ini tahap pemikiran mantan menteri/veteran politik? Berhentilah tweet macam orang tak waras Tan Sri,” katanya.

Beliau mengulas mengenai tweet Zainudin yang mendakwa di bawah pemerintahan Najib, banyak kejadian buruk berlaku termasuk tragedi kehilangan pesawat MH370, pencerobohan Lahad Datu, penculikan dan pembunuhan seorang “pemimpin dunia”.

Malah, Zainuddin berkata kematian lapan remaja berbasikal yang dirempuh kereta semalam, dan hospital terbakar di Johor turut menambah tragedi di bawah era Najib.

“Saya hairan di bawah Najib banyak kejadian buruk berlaku dari kehilangan dan tembakan kapal terbang, Lahad Datu, penculikan, pembunuhan world leader dan lain-lain.

“Lapan remaja penunggang basikal terbunuh dilanggar motorcar di Johor. Sebelumnya hospital terbakar. Menambah tragedi negara di bawah era Najib,” tulis Zainudin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.