Usaha Malaysia Perangi Keganasan Dapat Keyakinan Dunia

KUALA LUMPUR- Rangka kerja perundangan dan peraturan yang dilaksanakan Malaysia dalam memerangi pembiayaan keganasan, mendapat keyakinan dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

Timbalan Perdana Menteri berkata, inisiatif peraturan yang berkaitan itu menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan dan pembangunan ekonomi Malaysia.

 

Beliau berkata, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 mewajibkan institusi kewangan mengemukakan dengan segera transaksi yang mencurigakan kepada unit risikan kewangan Bank Negara Malaysia.

 

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pengganas memerlukan banyak sumber untuk mengendalikan kemudahan latihan, mendapatkan senjata dan melakukan perjalanan bagi menyemarakkan aktiviti keji mereka.

 

“Tanpa dana, mereka tidak akan mampu melaksanakan sebahagian besar aktiviti mereka.

 

“Jumlah serangan pengganas terus meningkat dan hubungan antara serangan demikian dengan pembiayaan keganasan pula adalah amat ketara, ” katanya.-Bernama

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.