Trump Janji Bakal Keluar Perintah Eksekutif Baharu

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin berkata, beliau akan mengemukakan satu perintah eksekutif baharu mengenai isu imigresen pada minggu hadapan.

 

Langkah kontroversi itu merupakan pindaan la­rangan kemasukan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam ke Amerika Syarikat (AS) yang kini telah dibawa ke mahkamah.

 

“Kami akan mengeluarkan satu perintah baharu yang amat bersesuaian untuk melindungi penduduk kita,” kata­nya pada sidang akhbar.

 

Perintah yang dikeluarkan pada 27 Januari itu menerima kritikan secara meluas apabila larangan itu hanya dikenakan ke atas umat Islam.

 

Malah, tindakan tersebut mencetuskan kemarahan di seluruh dunia apabila tunjuk perasaan diadakan dan menyebabkan huru-hara pada hari pertama pelaksanaan perintah berkenaan.

 

Keadaan itu mengakibatkan individu yang berasal dari tujuh buah negara berkenaan ditahan sebaik tiba di lapangan terbang di sini manakala segelintir daripada mereka diusir ke negara asal.

 

Trump turut mengkritik perintah mahkamah apabila menggantung larangan itu buat sementara waktu.

 

“Ia merupakan keputusan sangat teruk, sangat teruk untuk keselamatan dan keamanan negara kini. Pelaksanaan langkah itu adalah sempurna,” katanya.

 

Dalam pada itu, Jabatan Kehakiman mengumumkan untuk membatalkan perintah itu bagi menyelamatkan perintah eksekutif Trump yang difailkan di Mahkamah Rayuan Ninth Circuit di San Francisco. – AFP/Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.