Trump Dibaling Batu

FLORIDA – Perarakan kenderaan yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dari lapangan terbang di sini ke sebuah pusat peranginan miliknya di Florida Mar-a-Lago telah dibaling dengan dua biji batu antaranya bersaiz sebesar bola besbol.

 

Kejadian ini berlaku pada petang semalam ketika sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di persimpangan West Palm Beach tetapi tiada kecede raan dilaporkan.

 

Menurut laporan portal Telegraph, sebiji batu mengenai sebuah kenderaan dalam perarakan itu tetapi tidak mengenai kenderaan jenis Cadillac yang dinaiki Trump yang turut dikenali sebagai The Beast.

 
Pihak polis kemudian bergegas ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mendapatkan rakaman video bagi mencari mereka yang bertanggungjawab membaling batu berkenaan.

 

Sebanyak dua objek dikumpul di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Syerif Palm Beach.

 

Trump pernah me­ngalami kejadian yang sama di Minneapolis pada bulan Ogos lalu semasa beliau berkempen ketika pi­lihan raya presiden.

 

Sementara itu portal Washington Times melaporkan, Perkhidmatan Perisikan sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian itu tetapi masih belum menemukan sebarang maklumat lanjut.

 

Bilionair itu tiba di sini selepas menghadiri majlis pelancaran pesawat Boeing terbaharu di syarikat ber­kenaan di Charleston, Selatan California.

 

Beliau bercadang untuk meluangkan masa hujung minggu di Palm Beach dan hadir dalam satu perhimpunan di sebuah lapangan terbang dekat Orlando.-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.