Suami Isteri Bertindak Saman Jawi

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Mahkamah Tinggi di sini kerana membuat serbuan serta menahan mereka secara salah atas dakwaan khalwat.

 

Mohd. Ridhuan Giman, 34, dan isterinya, Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, turut mengemukan saman terhadap pegawai penguat kuasa Jawi, Mohd. Shiham Ramli dan Mohammad Izehar Md. Amin, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Ketua Pengarah Jawi, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga ketujuh.

 

Dalam writ saman dan per­nyataan tuntutan, pasangan itu mendakwa defendan pertama dan kedua serta enam lagi pegawai penguat kuasa Jawi membuat serbuan di sebuah bilik hotel bajet di sini tempat mereka menginap pada pukul 1.30 pagi, 8 Januari lalu.

 

Mohd. Ridhuan yang merupakan plaintif pertama mendakwa, sebelum dapat membaca dengan jelas kad kuasa yang ditunjukkan, semua pegawai itu menyerbu masuk ke dalam bilik walaupun sudah dimaklumkan bahawa isterinya tidak berpakaian lengkap.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.