Siti Doa Mudah Zuriat Di Mihrab Zakariya

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa tidak melepaskan peluang berdoa di Mihrab Zakariya yang terletak di dalam masjid utama al-Aqsa.

 

Menerusi instagramnya semalam, Siti berkongsi doanya agar dikurniakan zuriat.

 

“Di dalam masjid utama al-Aqsa, ada terletaknya Mihrab Zakariya… Di sinilah Nabi Zakariya berdoa kepada ALLAH SWT agar dikurniakan zuriat .. Saya & suami juga mengambil kesempatan berdoa di sini.. Semoga dimakbulkan .. aamiin ya rabb.”

 

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi video dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2006. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.