Sekumpulan saintis dari Universiti Edinburgh mendedahkan kejayaan itu semasa persidangan sains terbesar dunia, American Association for the Advancement of Science (AAAS) di Boston, Massachusetts.

 

Mereka memaklumkan, kejayaan itu juga mampu menghasilkan ayam yang mempunyai daging berkualiti tinggi.

Pengubahsuaian itu dilakukan dengan menggunakan teknologi penyuntingan gen yang boleh membunuh sebahagian gen dikenali DDX4 dalam ayam, iaitu gen penting untuk kesuburan haiwan berkenaan.

 

Ayam terbabit yang juga dikenali sebagai ‘ayam tumpang’ merupakan ayam gen-suntingan pertama dihasilkan di Eropah dan satu-satunya di dunia, ayam yang melalui pengubahsuaian genetik bagi memulihara baka ayam yang jarang ditemukan.

 

Ayam berkenaan tidak boleh menghasilkan telur tetapi bertindak sebagai ‘ibu tum­pangan’, lapor portal Mirror.

 

Lebih menakjubkan, haiwan itu berjaya menghasilkan telur daripada sel stem yang diambil daripada embrio ayam yang jarang ditemukan.

 

Ketua saintis, Dr. Mike McGrew berkata, ayam itu adalah langkah pertama bagi menyelamat dan melindungi baka ayam yang jarang ditemukan daripada pupus.

 

Selain itu ia merupakan usaha untuk mengekalkan biodiversiti masa depan ternakan daripada tekanan cuaca dan ekonomi.-Utusan