RUU355 : Rujuk Sejarah, Jangan Pertikai Kata Hadi Awang

 

 

KUALA LUMPUR – Undang-undang Islam sudah lama diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk oleh tokoh dan ilmuan Barat dari Vatican City kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Beliau berkata, ia dibuktikan pada awal tahun 70-an, kalangan ilmuan Barat, paderi Vatican City dan tokoh Muslim di Makkah menganjurkan pertemuan ilmuan Islam dan Barat bagi membincangkan mengenai undang-undang, petik laporan BH.

 

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu berkata, dalam pertemuan tersebut, tokoh-tokoh ilmuan Barat mengiktiraf kedudukan syariat Islam yang wajib dibuat kajian oleh dunia.

 

“Sehubungan itu, mereka yang masih bersikap negatif terhadap RUU 355 diminta supaya merujuk sejarah perundangan dunia yang mana undang-undang Islam dihormati oleh dunia.

 

“Ia dapat dilihat selepas perang dunia pertama, apabila ahli undang-undang antarabangsa mengadakan persidangan di Belanda untuk menggubal undang-undang antarabangsa bagi menjamin keamanan dunia, mereka terpaksa membaca terjemahan al-Quran dalam aspek undang-undang.

 

“Ini berbeza dengan pandangan mereka di Malaysia, yang hanya nyamuk-nyamuk dan agas-agas yang kecil saja,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutupan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok di sini, sebentar tadi.

 

 

Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerana itu tiada sebab untuk orang bukan Islam mahu menentang atau membantah RUU355 yang tiada kaitan dengan mereka.

 

“Ini sudah melanggar adab perpaduan negara. Kita minta umat Islam konsisten dan istiqamah menghormati adab perpaduan negara. Orang bukan Islam juga mesti hormat adab perpaduan negara,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.