Perak Benam JDT

IPOH – Perak meleburkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah liga Super sejak musim lalu dengan menundukkan juara bertahan itu 2-1, di Stadium Perak, malam tadi.

 

Jaringan Yashir Pinto pada minit ke-7 dan Vladislav Mirchev (m-75) menceriakan kira-kira 30,000 penonton hadir menyaksikan perlawanan itu.

 

Kepuasan jelas terpancar pada setiap wajah penyokong tuan rumah dalam perlawanan tanpa sebarang kekecohan berikutan tiada penyokong pasukan harimau Selatan hadir menyaksikan perlawanan di stadium Perak.

 

Apa yang pasti penonton nyata terhibur dengan aksi kedua-kedua kedua pasukan yang mempamerkan corak permainan pantas.

 

Tuan rumah terlebih dulu membuat ancaman awal ke kubu JDT dan usaha mereka berjaya apabila Yashir Pinto menyempurnakan peluang yang dicipta Faton Toski pada minit ketujuh perlawanan.

 

Begitupun kelebihan itu hanya bertahan selama dua minit apabila Ahmad Hazwan Bakri menyamakan kedudukan pada hasil gerakan satu dua di depan gol Perak. Rentak permainan di babak kedua agak perlahan dengan JDT mempamer penguasaan permainan di padang basah dan licin akibat hujan sebelum perlawanan bermula.

 

Di sebalik penguasaan JDT, tuan rumah pula yang berjaya mendapatkan gol kedua apabila Mirchev bijak menolak masuk bola hasil pergelutan dalam kawasan gol JDT pada minit ke-75.

 

Kemenangan itu membolehkan Perak berkongsi 10 mata untuk berada di kedudukan ketiga liga di belakang Pahang (tangga kedua) namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol.-BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.