Pengemis Untung RM1,000 Sehari, Paksa Beli Buku Yasin

KUALA LUMPUR — Tidak kurang RM1,000 sehari keuntungan dapat dikaut sekumpulan pengemis kanak-kanak Rohingya yang dieksploitasi menjual buku surah Yasin sekitar ibu kota.

 

Taktik itu berjaya dibongkar Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman apabila menahan 16 orang termasuk penjaga berusia 50 hingga 60 tahun dan kanak-kanak, lapor Harian Metro.

 

“Semua yang ditahan adalah warga Rohingya yang memegang kad Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian UNCHR,” kata ketua penolong STAGG seperti dilapor akhbar itu.

 

SAC Khairi Ahrasa berkata serbuan selama 4 jam itu menahan lapan kanak-kanak, lima daripadanya perempuan menjual surah Yasin kepada orang ramai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman Masjid India dan Jalan Bukit Bintang.

 

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM802 dan 95 naskah buku surah yasin,” katanya sambil menambah warga asing terbabit menggunakan pendekatan memaksa orang lalu-lalang membeli surah Yasin.

 

“Mereka memperoleh buku surah Yasin terbabit pada harga RM1.50 senaskah dan menjualnya kepada orang dengan harga RM5,” katanya.-ProjekMMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.