Menurut beliau, keempat-empat suspek dikenali sebagai Ri Ji-hyon, 33; Hong Song-hac, 34; O Jong-gil, 55 dan Ri Jae -nam, 57.

 

“Kita akan bekerjasama rapat dengan polis antarabangsa (Interpol) dalam proses menjejaki mereka bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Selain itu, Noor Rashid memaklumkan, pihaknya turut menjejaki tiga lagi lelaki Korea Utara bagi membantu siasatan.

 

“Kita telah mengenal pasti seorang daripada mereka iaitu Ri Ji-u atau dikenali sebagai James, 30, manakala dua lagi masih belum dikenal pasti,” ujarnya.

 

Isnin lalu, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau dan secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

 

Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – Utusan