Pegawai Pengiring YDP Agong Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai pengiring (ADC) kepada Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, Senior Asisten Komisioner Che Yusof Che Ngah yang dilaporkan sesat di Gunung Nuang, Kajang sejak pukul 8.30 malam semalam berjaya ditemukan pagi tadi.

 

Che Yusof yang mendaki bersama dua anaknya ditemui pukul 9 pagi tadi dalam keadaan lemah namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa telah turun dari puncak gunung tersebut bersendirian sebelum disusuli kedua anaknya setengah jam kemudian.

 

“Bagaimanapun, apabila anak-anaknya tiba di kaki gunung kira-kira pukul 7.15 petang, mereka mendapati mangsa tiada.

 

“Seorang daripada anak mangsa kemudian menerima mesej menerusi aplikasi whatsapp daripada mangsa memaklumkan beliau telah sesat sejak pukul 2.26 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Ujarnya, satu operasi mencari dan menyelamat melibatkan Polis Diraja Malaysia, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, dan juga Istana Negara digerakkan pada pukul 8 pagi tadi sebelum berjaya menemukan mangsa kira-kira 500 meter dari puncak gunung tersebut. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.